Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Akrab

AKRAB : Hubungan Adik Beradik

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

GAYA HIDUP TEKNOLOGI SOSIAL TREND. TETAPLAH BERHUBUNG  Tidak Berkira Dengan Adik-Beradik, Allah Kurniakan Rezeki Lebih

Bila adik beradik bergaduh, sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga itu. Sebab itu, adalah penting untuk menjaga hubungan sesama adik beradik. Kalau kita tengok ada yang adik beradik kita susah sikit dan Allah beri kita rezeki lebih, bantulah adik beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata Nabi SAW.
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi. Nama beliau Haris, berumur 40’an, kaya raya, rumah besar nak mati. Dia suka membantu orang, banyak bagi pendapat dan membantu saya.
“Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik beradik walaupun saya kaya. Tetapi bila sudah kenal agama sikit-sikit, hidup saya berubah banyak. Saya banyak membantu adik beradik. Rupa-rupanya Allah beri lagi banyak kepada saya bila saya sudah mula tidak berkira dengan adik beradik saya.
“Jadi Khalil, kalau ada adik beradik yang susah, bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki pada you melimpah ruah,” katanya.
Terus teringat seorang ustaz pernah berkata, “Salah satu punca hidup kita sempit, susah, adalah disebabkan putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga,”
Ya Allah, takutnya. Ada adik beradik yang tidak bertegur sapa selama bertahun-tahun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik beradik kita walaupun kita tidak salah, Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.
Ustaz saya kata, “kita cepat maafkan orang di dunia ini, Allah mudah maafkan kita di akhirat kelak.”
Ya Allah, jadikanlah kami adik beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Allah, rapatkanlah hubungan kami adik beradik. Rahmatilah kami adik beradik, ampunilah dosa adik beradik kami kalau mereka ada buat salah pada kami. Amin.
Share dan tag pada adik beradik kita. Beritahu mereka yang kita sayang pada mereka. SAma-sama aminkan doa di atas

Sumber
Aliff Channel Staff
Published on November 28, 2016

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

*TANDA2 HILANG RAHMAT ALLAH       🌹   .                         .       .         .                                                      Sebenarnya BILA ADIK BERADIK BERGADOH sebenarnya telah HILANG RAHMAT ALLAH DALAM KELUARGA TU.. sebab tu PENTING SANGAT2 JAGA HUBUNGAN DENGAN ADIK BERADIK... Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit.. dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita.. SEBAIK BAIK SEDEKAH ADALAH KEPADA AHLI KELUARGA YG TERDEKAT... kata Nabi SAW..*

*Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi saya tak nak tag nama penuh dia.. Nama dia Zubir... Baru umur 51 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar sangat wow.. Suka bantu orang.. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.. Dia kata "Salam... Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. RUPA RUPANYA ALLAH BAGI LAGI BANYAK PADA SAYA BILA SAYA START TAK BERKIRA SANGAT DENGAN ADIK BERADIK SAYA... So Adnan..... KALAU ADA ADIK BERADIK YG SUSAH BANTULAH MEREKA.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat U melimpah ruah.."*

*Terus teringat seorang ustaz kata "SALAH SATU PUNCA HIDUP KITA SEMPIT.. SUSAH.. SEBAB KITA MULA PUTUS HUBUNGAN SILATURRAHIM DENGAN ADIK BERADIK DAN AHLI KELUARGA.." Ya Allah.. Takutnya..*

*Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. 😭😭😭 Sebenarnya kalau kita PERGI MINTA MAAF NGAN ADIK BERADIK KITA walaupun kita tak salah atau pun kita salah.... Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..* 

*Ustaz saya kata "KITA CEPAT MAAFKAN ORANG KAT DUNIA NI..... ALLAH MUDAH MAAFKAN KITA DI AKHIRAT NANTI.... "*

*YA ALLAH....... Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama2 dalam syurga nanti..* 
*YA ALLAH........ Rapatkan lah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik..* 
*YA ALLAH....... ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami.. Aamiin* 

*Share dan tag pada adik beradik kita.. Bagitau dia yg kita sayang dia.. Sama2 aminkan doa di atas..💖*                                   .                                                                  😪😪😭😭

*Menuju Syurga*    🌹          .

AKRAB : Isteri Dianiaya

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh    : Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri      : Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.

Syeikh    : Apa aduanmu itu?

Isteri      : Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya. Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan. Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh    : Wahai puan yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri      : Hah??? Untung??

Syeikh    : Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.


Isteri      : Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh    : Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri      : Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh    : Wahai puan, ALLAH sedang mengujimu. ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala. Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.

Kerana apa? Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan. Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH. ALLAH akan membantumu.

Isteri      : Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh    :  ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri      : Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh    : ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri      : 40 tahun Tuan.

Syeikh    : Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri      : Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.

Syeikh    : Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh    : Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?

Isteri      : Tentunya Tuan lebih tahu.

Syeikh    : Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang WAJIB dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami. Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.... Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.....

Syeikh    : Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya sendiri. Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri      : Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh    : Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH. Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu.. Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???

Isteri      : Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?

Syeikh    : Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya.
Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redho. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

Isteri itu diam. Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;

Syeikh    :  Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh    : Adakah puan masih menyayanginya?

Isteri itu hanya membisu.

Syeikh    : Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?
isteri itu masih diam.
Syeikh    : Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri      : Kenapa tuan menangis?

Syeikh    : Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri.
Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja. Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia. Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.


*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*




AKRAB : Kunci Untuk Dapat Hati Senang dan Jiwa Tenang

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

  1. TIDAK MEMBENCI
    Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah pada kita. Jangan ada benci sampai bila - bila.
  2. TIDAK MERUNGUT
    Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.Berkeluh kisah tak akan mengubah apa - apa.
  3. BERSEDERHANA
    Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.
  4. BERSANGKA BAIK
    Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian yang bertimpa - timpa.
  5. SELALU  SENYUM
    Senyumlah walaupun hati terluka.Senyum itu ada penawarnya.
  6. SELALU  MEMBERI
    Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..
  7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
    Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya.
  8. TIDAK BERDENGKI DAN IRI HATI
    Jangan berdengki dengan kejayaan teman - teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya... jika anda dengki dengan mengaibkan dia.. ingatlah segala amal baik anda pasti hangus semua kerana allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad-dengki kepada saudaranya Selawat.

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*


AKRAB : Dicinta Segenap Manusia

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

Terkadang kita ingin berbuat sesuatu yang seluruh manusia akan suka terhadap perbuatan itu. Namun ... Rasanya hampir mustahil.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata; 
رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَكُ
menggapai keredhaan seluruh manusia merupakan tujuan yang tak mungkin boleh dicapai.

Tatkala seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam; 
يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ
wahai Rasulullah, tunjukkan suatu amalan yang apabila aku mengamalkannya, Allah mencintai ku dan manusia pun akan mencintai ku.

Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda; 
ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ
zuhud lah engkau terhadap dunia, nescaya Allah akan mencintaimu. Dan zuhud lah pada apa-apa yang ada di sisi manusia, nescaya manusia pun akan mencintaimu. (Sahih, HR Ibnu Majah, At-Tabrani, Ibnu Hibban, Al-Hakim; shahihul jami':923 al-Albani)

ZUHUD BUKAN BERMAKNA MISKIN PAPA KEDANA
• Usman bin Affan dengan segenap kekayaan yang dimiliki tetap bersikap zuhud.
• Umar bin Abdul Aziz dengan kekuasaan yang di pegang tetap berperilaku zuhud.

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata; 

"zuhud bukanlah engkau melepaskan dunia dari tanganmu, sementara ia masih ada di hatimu" Akan tetapi ..."zuhud adalah engkau melepaskan dunia dari hatimu meskipun ia ada di tanganmu" (Thariqul Hijratain:454)

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*




ye ke?

Soalan & Penyelesaian

KENAPA AKU DIUJI ?
QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ?
QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST & STRESS ?
QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?
QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT  ?
QURAN MENJAWAB : Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
QURAN MENJAWAB : Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !
QURAN MENJAWAB : Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
InsyaAllah ayat-ayat di atas bisa menjadi pencerahan buat kita semua & selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan. Alhamdulillah. Berpesan-pesanlah kamu walau sepotong ayat..



30 Orang Pertama Dalam Islam
  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
  26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.