Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Ayah & Ibu

AYAH & IBU : Origin
    *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
    *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

    • Org yg mencintai hingga anda menutup mata ialah *ibu*
    • Org yg mencintai anda dgn tiada ekpresi mata ialah *bapa*
    ____________________________
    *Ibu* - Memperkenalkan anda kpd dunia.
    *Bapa* - Memperkenalkan dunia kpd anda.
    ___________________________
    *Ibu* : Membawa anda kpd kehidupan.
    *Bapa*  : Membawa kehidupan kpd anda.
    __________________________
    *Ibu* : Menjaga anda supaya tidak lapar.
    *Bapa*  : Membuat anda tahu makna lapar.
    __________________________
    *Ibu* : Memberi anda kasih sayang.
    *Bapa*: Memberi anda tanggungjawab.
    __________________________
    *Ibu* : Mengajar anda supaya tidak terjatuh.
    *Bapa* : Mengajar anda bangun bila terjatuh.
    __________________________
    *Ibu* : Mengajar anda berjalan.
    *Bapa* : Mengajar anda jalan hidup.
    __________________________
    *Ibu* : Mengajar anda melalui pengalamannya.
    *Bapa* : Mengajar anda untuk dapatkan pengalaman.
    __________________________
    *Ibu* :  Memperkenalkan ideologi
    *Bapa* :  Memperkenalkan realiti.
    ___________________________
    *Kasih Ibu* diketahui semenjak anda, dilahirkan.
    *Kasih Bapa* diketahui bila dia sudah tiada.
    ___________________________
    *Kasihilah akan bapa anda.
    *Sayangilah akan ibu anda.
    ___________________________

    selagi mereka masih bernyawa.... rumah tidak akan berseri tanpa khadiran anak tapi rumah akan lebih sunyi bila ibu bapa sudah tiada.... Ini sekadar renungan bersama buat kita sebagai anak dan ibu bapa kepada anak2 kita.

    *۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*


    AYAH & IBU : Doa 

    *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
    *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

    Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
    Isi tulisannya sebagai berikut :
    " Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu. Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing."
    *Begini doanya:*
    *(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*
    Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya. Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

    Khas untuk ibu ibu dlm group ini: Jgn pernah LETIH untuk berdoa.. kpd kaum bapa yg masih ada ibu bleh lh share dgn ibu kn

    *۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*


    AYAH & IBU : Ibu Dan Anak
      *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
      *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

      • Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa
      • Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
      • Makan apa sahaja...
      • Tengok siaran tv ikut suka...
      • Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
      • Tapi...
      • Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
      • Tak boleh masak sesuka hati...
      • Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
      • Buat apa sahaja ikut suka....
      • Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
      • Begitu juga...
      • Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
      • Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
      • Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
      • Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
      • Tapi...
      • Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
      • Apatah lg dgn sesuka hati.
      • Takut rosak lah...
      • Takut langgar lah...
      • Takut calar lah.....
      • Kalau guna pun...
      • Pastikan minyak penuh semula.....
      • Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
      • Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
      • Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
      • Tetapi anak-anak...
      • Belum tentu mengasihi ibubapa....
      • Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
      • Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
      • Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
      • Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
      • Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
      • Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
      • Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...
      • Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
      • Tetapi...
      • Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
      • Bila isteri bercerita suami tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa
      • Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...
      • Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.

      *۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

      AYAH & IBU : Istimewanya Ibu

      *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
      *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

      Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
      Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

      ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

      1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
      2. Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
      3. Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

      3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
      1. Anak
      2. Ibu
      3. Suami / Isteri
      • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
      • Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
      • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
      • Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.
      • Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
      • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
      • Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
      • “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”. Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.
      • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
      • Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.1
      • Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

      *۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*