Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Hadis

Hadith-hadith PALSU di Bulan Rejab. JANGAN SEBARKAN pembohongan ini. Ingat ANCAMAN Nabi SAW kepada pendusta di atas nama baginda.
"من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"
"Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka." (HR Bukhari)
  1. "Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.” (Periwayat majhul (periwayat tidak dikenali). Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar *hadith ini adalah bathil.* (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)
  2. "Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan." Periwayat matruk (periwayat suka berdusta). (Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadith.”)
  3. "Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku." Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat 650 H): *Hadith ini maudhu (palsu)*
  4. "Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah." *Periwayat matruk.* Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadith.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”
  5. "Keutamaan bulan Rejab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.” (Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: *Hadith ini palsu.*
  6. "Barangsiapa solat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlas serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: *Hadith ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul*
  7. "Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir." *Periwayat matruk. Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.*
  8. "Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga." *Periwayat matruk. Dalam Kitab Al-Laaly. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Maudhu.*
  9. "Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rejab dan solat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursi’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)” (Kata Ibnul Jauzy: *Hadith ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadith.*


Hadith-hadith bulan Rejab kebanyakannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah SAW. (Al-Saqr, Al Qaradhawi)
Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan puasa sunat dan banyakkan bertaubat. (Imam Al-Sya'rawi)
Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)
Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan-bulan yg Haram yang lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)


RENUNGAN SUBUH 6 Jamadil Akhir 1438H Ahad 5/3/2017
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
MENAHAN DIRI MENGHADAPI PERKARA YANG MENYAKITKAN HATI"         
Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki bertanya, 
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepada aku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi bertindak jahat terhadapku”. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau suapkan mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada dalam keadaan yang demikian itu.”
HR-Muslim-Wassallam


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jadilah Orang Yang Diredhai Allah Bukan Dibenci*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah meredhai kalian dalam tiga perkara dan benci kepada kalian dalam tiga perkara. Allah meredhai kalian jika kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, jika kalian berpegang teguh kepada agamanya  dan tidak berpecah belah dan, jika kalian saling nasihat menasihati  kepada orang yang diserahkan kepadanya urusanmu.  Dan Allah membenci kalian dari sikap percaya kepada khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) dan memboroskan harta".
(HR Ahmad No: 8444) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*
1.  Allah meredhai seseorang apabila ia melakukan tiga perkara:
a.  Beribadah kepada  Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu
b.  Berpegang teguh kepada agama-Nya  dan tidak berpecah belah
c.  Saling nasihat menasihati  dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah.
2.   Allah membenci seseorang apabila ia memiliki tiga perkara:
a.  Percaya kepada khabar, maklumat atau info yang tidak tentu sumbernya sama ada dalam bentuk pertuturan mahupun tulisan.
b.  Banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) sehingga menyusahkan orang lain untuk beramal
c.  Membazir atau boros dalam membelanjakan harta

*Berusahalah menjadi hamba yang diredhai bukan dibenci.*

Sumber :
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb April  2017 / 15hb Rejab 1438H