Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Kemudahan

KEMUDAHAN : Tips Handphone Hilang

Apabila kehilangan handphone daripada sukarelawan pencegahan dadah Dan jenayah Malaysia (SPDJM) Cawangan Johor Baharu​.

Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali. Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa. Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu ​International Mobile Equipment Identity​yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia. Lihat bagaimana ia berfungsi !

  1. Dail *#06#  pada telefon mudah alih anda.
  2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan ​15 digit IMEI no.​ yang unik.
  3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.
  4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu ​E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net​ beserta butiran seperti di bawah.

    Nama anda: ____________________
    Alamat: ______________________
    Model telefon: _________________
    Buatan: _________________________
    No. terakhir digunakan:_________________
    E-mel untuk dihubungi: _____
    Tarikh hilang: ___________________
    IMEI No: _______________________
  5. Tidak perlu pergi ke balai polis.
  6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

KEMUDAHAN : Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia! Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB). MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.
Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
  1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
  2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
  3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
  4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
  5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
  6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
Dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:
  1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
  2. Repot polis
  3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
  4. Laporan perubatan

Hantar dokumen diatas ke:
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910