Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Tips

TIPS : Tips Keselesaan

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

Saya jumpa lelaki tua berkain pelikat berumur 70han, dia iktikaf di Masjid setiap kali lepas asar dan maghrib membaca al Quran.
Rumah sgt besar  dkt dgn masjid. Sangat kaya. Ada bangunan komesial bernilai dlm RM 35 juta. Pendapatan kutip sewa dlm RM70k sebln.Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq. Dia tenang bersendirian melayani anak cucu. Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak. Katanya malu. Sya minta 1 formula, dia beri 10. Saya catat & mahu kongsikan.

  1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab, terus termakbul. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka selalu.
  2. Jaga masa. Ia datang & berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat dan Atur kerja dgn sebaik cara. Berada di masjid, sebelum azan. Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki.
  3. Berdoa dgn khusyuk. Berserah pada Allah & bertawakal lah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.
  4. Namun begitu, kena lah berusaha. Usaha pagi ptg siang & mlm. Usaha lah bersungguh2. Usaha sampai dpt. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula. Adakan masa utk baca  Al-Quran. Maka dia pun nasihatkan saya."Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran. Lelaki tua itu tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang2 sampai 1000 kali sehari.
  5. Jaga Kesihatan. Banyak kan berjalan kaki. Banyaknkan minum air masak atau air mineral..Jaga pemakanan.
  6.  Hidup kena buat target & kena ada wawasan. Ikat perut & usah membazir. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa lah belanja org mkn & minum. Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu. Apabila bersih masuk. Disitu kita akan temui ramai org susah. Belanja mereka mkn & minum.
  7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln. Apabila dlm perjalanan, berhenti. Cari lah masjid. Apabila di rumah, tutup pintu rapat2. Malam, buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama. Boleh dgr org mengajar dan juga baca kitab.
  8. Usah takut jumpa org. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Biar kita merangkak panjat bangunan. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri.
  9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih.Usah cakap sakit. Apabila sakit, senyum. Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org.
  10. Niat kan mahu kaya. Niat kan mahu bantu ramai org. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul2.. .

Ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

Sumber
Dato Roslan Abd Hamid

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*