Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Ziarah


ZIARAH :Pahala Solat Di Masjid

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

BILA SOLAT DI MASJID, INSYAALLAH KITA AKAN PEROLEHI :
  1. Pahala sahut seruan azan
  2. Pahala melangkah ke masjid
  3. Pahala masuk masjid.
  4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
  5. Pahala doa masuk masjid
  6. Pahala solat tahiyyatul masjid
  7. Pahala i'tikaf
  8. Pahala solat berjamaah
  9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
  10. Pahala amin bersama imam
  11. Pahala rapatkan sof,
  12. Pahala luruskan sof
  13. Pahala dengar tilawah quran
  14. Pahala hubung silaturrahim
  15. Pahala duduk dalam majlis zikir
  16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
  17. Pahala jadi makmum
  18. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah
  19. Pahala menuntut ilmu
  20. Pahala nasihat menasihati
  21. Pahala bersihkan masjid
  22. Pahala mendengar dan mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
  23. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
  24. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
  25. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
  26. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri.
  27. Pahala infaq/derma kat tabung masjid.
  28. Pahala solat awal waktu
  29. Pahala berjaya menundukkan hawa nafsu yg mengajak supaya solat di rumah sahaja dah memadai

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*