Assalamualikum

Assalamualaikum ... Terima kasih kerana menghampiri

Apa yang tertera, sekadar gelonjak rasa, sesaujana pancaindera,
dari teman di sepanjang perjalanan ... dari bahasa alam yang pendiam
... helaian risalah fitrah kemanusiaan ... dan peta keislaman
Dijadikan bekalan, pedoman dan peringatan kerangka diri.

Semoga mampu diperpanjangkan ke segenap dimensi makhluk, ruang dan masa.
Amin Insyaallah.


Hidup


FITRAH : hidup - unsur


*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

Manusia ini ada 2 unsur: Jasad & Roh. Jasad diperbuat dari tanah dan semua keperluannya disempurnakan dari tanah. Contoh: Makanan, pakaian, tempat tinggal. Roh ialah dari perintah Allah dan keperluannya disempurnakan dari perintah Allah juga iaitu agama.

Kejadian Jasad ialah dlm perut ibu. Kehidupan di dunia ini bergantung kepada kesempurnaan kejadian jasad dlm perut ibu tersebut. Kesan kekurangnya atau ketidak sempurnaannya tidak akan dirasai dlm perut ibu tetapi benar2 akan dirasai atau diperlukan bila berada di dunia ini. Contoh: Mata tak diperlukan dlm perut ibu tapi sekiranya tiada mata akan susah di dunia. Sekiranya ada kekurangan terjadi semasa kejadian jasad dlm perut ibu maka siapa pun takkan dpt menampung atau membaiki kekurangan tersebut di dunia ini.

Roh pula tempat untuk membinanya di dunia ini. Apakah kesempurnaan pembinaan roh? Apabila roh ada hubungan dgn Allah (ada Iman & Amal). Jika sebaliknya roh akan menjadi cacat dan lemah. Kehidupan akhirat bergantung kepada kesempurnaan pembinaan roh dlm dunia. Kesan kekurangnya atau ketidak sempurnaannya tidak akan dirasai dlm dunia tetapi benar2 akan dirasai atau diperlukan bila berada di akhirat. Sekiranya ada kekurangan terjadi semasa pembinaan roh dlm dunia maka siapa pun takkan dpt menampung atau membaiki kekurangan tersebut di akhirat nanti.

Nama juga tak diberi untuk Jasad, nama diberi kepada roh. Sebagai contoh: bila satu org mati kita akan panggilnya jenazah bukan nama itu lg. Roh & Jasad ialah seperti satu org yang menyeberang sungai dengan menaiki sampan. Apabila telah sampai ke seberang dia tidak akan munjunjung sampan tersebut. Dia akn tinggalkan dan bergerak pergi ke tempat tujuannya. Roh ialah org tersebut dan jasad ialah sampan. Roh menumpang Jasad semasa di dunia. Setelah mati Jasad akan dikembalikan ke tanah dan Roh akan ke akhirat.

Roh & Jasad ialah seperti penunggang kuda dan kuda. Hari ini kita bg makanan yang bagus2 pada kuda dan menjaganya dgn baik tetapi kita lupa akan penunggang kuda. Penunggang kuda tidak makan dan lemah. Natijahnya, si penunggang kuda tidak akan dapat mengawal kuda.

Untuk itu kita perlu buat amalan rohani. Pertama2 kita kena buat dakwah kalimah Laailaha illallah. Nafi makhluk dan isbat Allah. Keluarkan makhluk dlm hati kita dan masukkan Allah. Siapa org mukmin? Org yg ucap kalimah dan ada kalimah dlm hatinya. Siapa org kafir? Org yg tak ucap kalimah dan tak ada kalimah dlm hatinya. Siapa org munafik? Org yg ucap kalimah tapi kalimah tak ada dlm hatinya. Siapa yg buat usaha supaya kalimah dilidah dibawa ke hati maka dia akan dpt darjat 'mustajab doa'. Apa yg diminta Allah akn bg padanya. Org ini sifatnya dlm hatinya hanya ada Allah tiada yang lain. Seperti org yg hampir lemas dan tiada tempat berpaut. Pada ketika itu hatinya minta tolong pada Allah dan Allah kabulkan. Sebab dlm hatinya tiada yang lain kecuali Allah.

Beginilah keadaan hati Ibrahim a.s ketika dilempar dlm api, keadaan hati Musa a.s ketika berhadapan dgn laut dan firaun semakin hampir dari belakang dan keadaan hati Nabi SAW & Abu Bakar r.a dlm gua Thur ketika org Mekkah dtg hampir di mulut gua. Allah akn bantu sekiranya hati dlm keadaan ini. Buat usaha dan bawa Allah dari lidah ke dlm hati maka kita pun akan dapat 'mustajab doa'.

Solat ialah amalan roh. Solat ialah perintah yang Nabi SAW bawa dr langit. Solat ialah mikraj org mukmin. Bila solat kita hadir dihadapan Allah. Bila kita angkat takbir tiada apa yg sapatutnya dtg kecuali Allah. Melalui Solat kita dpt membuka khazanah Allah. Melalui solat perkara mustahil boleh jadi tidak mustahil contoh: binatang yang mati boleh hidup kembali.

Jadi, usaha atas roh yg pertama buang semua yaqin dalam hati dan masukkan yaqin pada Allah.
Hati ini Allah bg utk letakkan kebesaran Allah 'Qalbil mukmin Arasy Ar-Rahman'. Jika nak tahu apa dlm hati kita lihatlah dlm solat. Mcm2 perkara yg dtg waktu solat.
Kedua buang semua hubungan dari hati dan buat hubungan dgn Allah.
Bilakah keadaan hati kita ada hubungan dgn Allah? bila kita doa dlm keadaan menangis. Bila ada fikiran yang lain dtg kita tak akn dpt menangis. 

Fikiran hadir dari hati. Ia tiada henti 24 jam. Dlm tidur pun ia hadir sekiranya ianya kuat ia akn menjadi mimpi. Maka 24 jam hati kita mengeluarkan fikiran. Siapa yang meletakkan fikiran dalam hati kita? Shaitan, Nafsu dan Mahol. Nafsu sentiasa nak penuhkan keinginan. Saya nak ini saya nak itu. Shaitan akan semarakkan keinginan nafsu. Mcm petrol yang dituang ke nyalaan api.   

Allah kata jadikan Shaitan musuh kamu. Azan ialah dakwah, Shaitan takut pada dakwah dan akan lari. Bila kita bergerak dlm 'ghast' utk buat dakwah ianya akn merbersihkan kawasan tersebut. Mana2 amalan maksiat yg dilakukan secara terbuka mereka akn mula buat secara tersembunyi dan mana2 amalan maksiat yang dilakukan secara tersembunyi mereka akan berhenti melakukannya. Seluruh kawasan akn terhindar dari maksiat.

Bila kita selalu fikir maut, dan baca doa "Allahumma Bariklii Fil Mauti wa Fiimaa Ba'dal maut", 'Fil Mauti'-Allah bg taufik utk ucap kalimah ketika hampir mati dihadapan malaikat maut. 'Fiimaa Ba'dal maut'-Allah bg taufik utk jawab soalan kubur dihadapan malaikat munkar & nakir. Siapa yg bc 25 kali satu hari hatinya akan terhindar dari kecintaan dunia. Sentiasa ingat mati akn lemahkan nafsu.

'Mahol' iaitu suasana. Sekiranya mahol baik fikiran akn jadi baik sekiranya mahol buruk fikiran pun jadi tak baik. Orang yg jahat pun akn terkesan dgn mahol yg baik. Tawanan perang diikat di masjid kemudiannya masuk Islam. Mahol terhasil dgn bilangan dan amal. Dalil: Solat 2 org secara jemaah lg Allah suka dari 4 org secara sendirian; Solat 4 org secara jemaah lg Allah suka dari 8 org secara sendirian; Solat 8 org secara jemaah lg Allah suka dari 100 org secara sendirian -> Sbbnya tercipta mahol (suasana amal) dlm solat jemaah dan lg ramai lagi bagus. Sekiranya kita keluar jemaah dan masing2 fikir hidayat maka terciptanya mahol hidayat dan ini dpt mempengaruhi hati org sekeliling.

Untuk itu penting itu kita buat pengorbanan utk usahakan amalan roh dlm diri kita dan seluruh umat. Untuk pengetahuan, Wanita ialah yg paling byk berkorban utk agama. Khadijah r.a telah bg seluruh hartanya utk agama Allah. Khadijah r.a ialah wanita ke-3 terkaya di Hijjaz. Sekali kawannya datang menziarahi beliau dan menangis melihat keadaannya. Beliau berkata aku berkahwin dgn Muhammad, lelaki pertama yang akan masuk Syurga dan dialah akn pimpin tanganku masuk dlm Syurga. Melihat keyakinan dan kegembiraan dari wajah beliau ketika itu kawannya pun masuk Islam.

Satu Jemaah Masturat dr Sri Lanka ke France tahun 80an (era fesyen). Ramai org arab yg menetap di France tetapi telah mengikut budaya barat. Jemaah ini tidak tahu bahasa France langsung. Jemaah ini bergerak dgn fikir hidayat dan dgn hidupkan suasana amal. Dlm tempoh yg singkat Allah telah dtgkan kesan, beberapa org arab yg menetap di France telah ikut dtg dlm program jemaah dan mula memakai niqab.

Satunya kita keluar lagi di jalan Allah dan satu lg wujudkan amal dirumah. Pastikan semua rumah org Islam wujud 5 amal dlm rumah; Halqah Quran, Taalim Kitabi, Muzakarah 6 sifat, Tashkil & Mesyuarat Harian. 


Tashkil!

Sumber
elders Nizamuddin @ 03/05/2016
Bayan Masturat di Paya Jaras, Sg Buloh 





*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*


FITRAH : hidup - Usia


*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه*

Semakin berusia semakin lemah tangan untuk  menggenggam kerana Allah sedang mendidik kita agar melepas kan cinta dunia.

Semakin berusia semakin kabur matanya kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat. 

Semakin berusia semakin sensitif kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan. 

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya. 

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik. 

Semakin berusia semakin rambut putih kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih. 

Begitu juga hati semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia. Akhirnya hanya cintakan Allah, yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Ku Doakan agar semoga kita:
 ● Diberkati usia
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
 ● Kesihatan yang baik
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*